Takdir lah yang membuatkan saya memilih kerjaya sebagai Penasihat Takaful.
Ya takdir !
Saya bukan lah mengambil Kursus Perniagaan pun di Universiti. Tapi minat berniaga mungkin dicetuskan oleh Arwah Abah saya di sekolah rendah. Beliau beri saya sekotak Coklat Cadbury (Orange & Strawbery Flavoured !) dan menyuruh saya jual di dalam bas sekolah.
“Jual satu 20 sen, tapi kalau tak ada orang beli, jual je lah satu 10 sen”
Wahhh ! Laku keras, balik rumah bagitahu Abah semua coklat laku, habis! Abah cakap bagus, lepas tu Abah tanya jual 1 berapa?
“1 biji 10 sen abah”
“Jual 20 sen tak ada yang nak beli ke?”
“Tak ada lah, akak memang jual 10 sen je.”
Sejurus abah nasihat, kita jual dulu 20 sen, Jika tak laku sangat dah, baru turunkan harga 10 sen.
Begitulah seni jualan yang diajar secara informal daripada seorang ayah yang tiada darah peniaga pun.
Masuk sekolah menengah, macam-macam pula kita niagakan. Yang saya ingat Penanda Buku & Gelang menggunakan tali berwarna warni. Cuma ketika di tingkatan 4 & 5, saya tiada keinginan untuk berniaga kerana sugul akibat tidak dapat menyesuaikan diri (Homesick), tekanan belajar juga dibuli di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu MRSM Muar.
Bila dah masuk universiti, saya jual T-shirt Universiti dan pelbagai makanan termasuk Kebab, Nasi Lemak dan sebagainya. Ketuk pintu bilik asrama, dari bilik ke bilik. Dari blok ke blok. Kalau makanan, sampai lenguh-lenguh tangan mengheret plastik sambil naik turun tangga asrama.
Memang jenis tak duduk diam ! Asal boleh dapat duit, saya buat.
Selepas tamat belajar dalam Diploma Perakaunan, saya bekerja sebagai Accounts Exec di sebuah kelab golf. Cukup setahun saya berhenti, dan menyambung pelajaran dalam ACCA (Association of Chartered Certified Accountant) ; iaitu Sijil Professional untuk menjadi Akauntan Bertauliah.
Susah yang teramat rupanya, sampai ada satu Paper saya repeat bukan 1 kali, bukan 2 kali. Ah, nak cerita pun malu. Habis duit, kita kerja pula.
Jadi dalam tempoh belajar, saya juga bekerja di banyak industri iaitu di Multinational Company Oil & Gas Research, Construction & Building, Accounting Firm, CIMB Bank sebagai seorang Accounts Exec, Internal Auditor dan Banker. ACCA masih tergantung lagi 2 Advanced Paper.
Di CIMB Bank , saya mula didedahkan dengan bidang Sales & Takaful. Walaupun agak sukar, tapi seronok sebab saya banyak belajar benda baru dan berjaya uruskan claim RM200,000 untuk kes kematian akibat kemalangan. Sehinggalah pada suatu hari, saya dapat E-mail daripada ACCA, yang mengatakan ingin bantu biaya yuran bagi baki 2 Paper supaya saya dapat tamatkan ACCA dengan segera.
Tanpa fikir panjang, saya berhenti kerja, kerana itulah cita-cita saya. Seorang Akauntan Bertauliah.
Sampainya saya ke UiTM Shah Alam, barulah saya tahu, ACCA tidak lagi diajar di sana. Tetapi telah bertukar kampus di Intec Shah Alam. Kos dah jadi berganda-ganda. Ah sudah, kita ni dah berhenti kerja ni.
Nak taknak, saya mula mencari kerja semula dalam bidang akaun, malangnya satu pun tidak lekat. Berbulan-bulan saya mencari. Dalam masa yang sama, beberapa orang sahabat menawarkan saya untuk menjadi Takaful Advisor bersama mereka kerana sudah mempunyai pengalaman ketika bekerja di Bank.
Akhirnya saya akur, dan di situ lah bermulanya kerjaya saya. Alhamdulillah, kini di tahun 2023, saya sudah lebih 7 tahun dalam industri. Bersyukur kerana Allah tetapkan hati & permudahkan perjalanan di dalam kerjaya ini.
Kerjaya ini bagi saya sangat mulia, membantu claim client ketika tidak sihat atau dilanda musibah. Kepuasan kerja yang mungkin sukar dapat di tempat lain. Terima kasih dari seorang Client itu sangatlah bermakna bagi saya. Rasa macam Heroin !
InsyaAllah akan tetap menggalas tanggungjawab sebagai seorang Pejuang Takaful selagi hayat dikandung badan. Pendapatan pun boleh tahan, masa pun fleksibel. Maka, nikmat apa lagi yang kau mahu dustakan?
Berminat untuk menjana pendapatan secara Part-Time atau Full-Time ?
Mahu explore potensi diri ?
Mahu kerja dengan Time-Flexibility ?